Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
PAS gesa kerajaan kekalkan garis panduan etika berpakaian di premis kerajaan, selaras nilai kesopanan dan prinsip Rukun Negara, bukan tunduk kepada tekanan politik.
Transcript
00:00PAS menyifatkan tindakan kerajaan untuk menilai semula etika pemakaian di premis kerajaan hanya selepas desakan satu pihak politik menunjukkan kelemahan komitmen terhadap nilai kesopanan yang sekian lama menjadi norma negara.
00:15Kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, biarpun etika berpakaian bukan isu partisan, ia sebaliknya asas pendidikan sosial yang membentuk disiplin rakyat tanpa pengecualian yang tidak seharusnya dilonggarkan tetapi wajar dipertahankan.
00:32Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan tindakan anggota polis tidak membenarkan seorang wanita memasuki perkarangan sebuah ibu pejabat polis daerah IPD di Melaka harus dipuji dan dipertahankan kerana ia langkah mendidik masyarakat agar menghormati ruang rasmi kerajaan.
00:47Hal ini kerana tindakan itu selaras dengan surat berkeliling yang dikeluarkan Ketua Siti Senegara berkaitan penambahbaikan pengurusan perhubungan pelanggan sektor awam bertari 1 Desember 2020.
00:57Beliau berkata, perkeliling itu akan diteliti semula dengan cadangan penambahbaikan akan diteliti oleh KSN dan kenyataan serta perkeliling baru akan dikeluarkan dalam masa tidak terlalu lama.
01:07Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin tindakan anggota polis dalam kes di Melaka itu adalah berdasarkan kepada penilaian ketika itu bahawa urusan itu bukan dalam keadaan kecemasan dan memerlukan kepada tindakan segera.
01:19Tegas beliau, kerajaan tidak boleh tunduk kepada desakan pihak yang cuba mengikis nilai ketimuran dan norma masyarakat Malaysia.
01:25Sebaliknya, katanya, kerajaan perlu memperkukuh garis panduan etika berpakaian dengan memberi penerangan jelas kepada rakyat,
01:32memastikan pelaksanaan yang adil di semua agensi dan menggalakkan budaya sopan sebagai ciri Malaysia Madan yang sebenar.
01:39Beliau berkata, PAS menyokong semua pihak yang mempertahankan etika berpakaian sopan di sektor awam,
01:43selaras falsafah dan identiti masyarakat Malaysia yang berasaskan prinsip kelima rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended