KPT nyatakan keputusan berkaitan UEC mesti selaras Perlembagaan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan bahasa Melayu kekal sebagai asas negara.
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT menegaskan bahawa sebarang cadangan atau keputusan berkaitan isu pengiktirafan, sijil peperiksaan bersepadu UEC, mesti berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan rukun negara serta falsafah pendidikan kebangsaan.
00:18Menterinya Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata, isu itu tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak.
00:27Jelasnya dalam satu kenyataan, pendirian Kerajaan Madani kekal konsisten bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu merupakan prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi.
00:41Ujarnya, prinsip ini terpakai kepada semua aliran pendidikan tanpa sebarang pengecualian.
00:47Pada masa yang sama, Zamri berkata KPT bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri bahawa semua aliran pendidikan sama ada China, Tamil, Arab, Inggeris maupun sekolah antarabangsa wajib mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.
01:02Beliau berkata perkara itu selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta aspirasi nasional dalam pembinaan jati diri dan pembangunan negara.
01:11Zamri berkata di peringkat KPT, Kementerian akan terus memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berdaya saing.
Be the first to comment