Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
WFP mengumumkan pengurangan catuan makanan sehingga 70 peratus di kawasan kebuluran Sudan mulai Januari, susulan kekurangan dana dan peningkatan krisis kemanusiaan.
Transcript
00:00Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, WFP, mengumumkan pada Jumaat yang ia akan mengurangkan bekalan makanan untuk komuniti Sudan di kawasan kebuluran berkuat kuasa bulan depan.
00:11Menurut agensi berita Qatar, keputusan itu dibuat sesulan kekurangan dana.
00:15Pengarah Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan WFP, Ross Meath, memaklumkan, bermula Januari, catuan akan dikurangkan kepada 70% untuk komuniti di kawasan kebuluran dan 50% untuk mereka yang berisiko kebuluran.
00:31Beliau menjelaskan menjelang April, agensi itu akan mengalami jurang besar dalam mendapatkan dana.
00:36Minggu lalu, PBB dan rakan kemanusiaannya melancarkan rayuan kemanusiaan global untuk menyelamatkan jutaan nyawa di zon perang dan kawasan konflik termasuk Sudan.
00:46PBB menganggarkan ia memerlukan $2.9 bilion untuk menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa 20 juta orang yang terperangkap dalam krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended