Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jerman menuduh Rusia melancarkan serangan siber dan kempen maklumat palsu untuk mempengaruhi pilihan raya serta melemahkan institusi demokratik, termasuk operasi kumpulan Fancy Bear dan Storm 1516.
Transcript
00:00Jerman memanggil Duta Rusia ke pejabat luar di Berlin sesulan serangan cyber besar-besaran dan operasi penyebaran maklumat palsu yang menyasarkan kempen pilihan raya negara itu.
00:11Menurut jurucakap Kementerian Luar Jerman Martin Gieser, serangan cyber terhadap kawalan trafik udara Jerman pada Ogos 2024 jelas boleh dikaitkan dengan kumpulan penggodam Rusia yang dikenali sebagai fancyware.
00:24Menurut beliau, hasil risikan membuktikan bahawa perkhidmatan risikan tentera Rusia, GRU, bertanggungjawab terhadap serangan ini.
00:33Beliau menambah terdapat kepastian bahawa Rusia cuba mempengaruhi dan menggugat pilihan raya persekutuan yang lalu serta hal ewal dalaman Republik Persekutuan Jerman secara berterusan melalui kempen Storm 1516.
00:54Kempen Storm 1516 dijalankan sejak 2017.
01:242024 terutamanya bertujuan mempengaruhi pilihan raya di negara barat.
01:28Dua hari sebelum pilihan raya Parlimen Jerman pada 23 Februari 2025, kerajaan mengumumkan yang pihak berkuasa keselamatan Jerman mempunyai bukti bahawa video palsu mengenai dawaan penipuan undi merupakan sebahagian daripada kempen maklumat palsu yang didalangi Rusia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended