Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Malaysia kehilangan legenda hoki, C. Paramalingam, bekas ketua jurulatih kebangsaan yang meninggal dunia pada usia 91 tahun. Beliau pernah membawa skuad remaja ke Piala Dunia Remaja Barcelona 1993, beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 1964, dan membimbing pasukan ke Olimpik Los Angeles 1984.
Transcript
00:00Malaysia kehilangan seorang legenda apabila bekas ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan si Paramalingam meninggal dunia pada Sabtu di usia 91 tahun.
00:11Perkara tersebut dimaklumkan Konfederasi Hoki Malaysia, KHM menerusi hantaran di Facebook sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mendiang.
00:19Antara kejayaan Mendiang, Paramalingam termasuk membawa skuad remaja Malaysia beraksi di Piala Dunia Remaja Barcelona pada tahun 1993 serta banyak menabur bakti kepada sukan hoki tanah air.
00:33Mendiang merupakan anak jati Taipin Perak, pernah beraksi pada sukan Olimpik Tokyo 1964 dan tiga edisi sukan Asia iaitu Tokyo 1958, Jakarta 1962 yang menyaksikan Malaysia meraih pingat gangsa serta Bangkok 1966.
00:52Beliau juga pernah membimbing Pasukan Kebangsaan Kesukan Olimpik Los Angeles 1984 dan mewakili selangor sepanjang karyanya.
01:00Atas jasa dan sumbangan besar kepada sukan hoki, Paramalingam menerima anugerah jurulatih kebangsaan terbaik pada tahun 1999.
01:09Pemergian Mendiang meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan yang turut menjadi ahli jawatan kuasa kejurulatihan dan pemilihan KHM.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended