Kawan baik kepada pengawal peribadi yang maut ditembak dalam kejadian di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, Rembau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.
Dalam kejadian antara jam 7 hingga 7.30 pagi itu, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Menurut Nizam Hashim, pelbagai andaian yang timbul di media sosial bukan saja telah menggores hati keluarga malah rakan-rakan Allahyarham.
Sementara itu, suasana pilu yang menyayat hati menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Rembau apabila isteri kepada Azrul Fariz rebah selepas tidak mampu menahan kesedihan melihat jenazah suami buat kali terakhir.
Tangisan wanita itu bergema di ruang legar forensik hingga memaksa ahli keluarga menenangkannya sebelum dia diangkat masuk ke dalam kereta. Anak-anaknya yang turut berada di lokasi dilihat cuba menahan sebak, namun seorang daripadanya tenang apabila disapa pemberita.
Be the first to comment