Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNICEF MALAYSIA) menegaskan bahawa larangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah daripada memiliki akaun media sosial bukanlah penyelesaian tunggal untuk melindungi mereka.
00:00Larangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah daripada memiliki akaun media sosial bukan penyelesaian tuntas untuk melindungi golongan itu.
00:09Sebaliknya, timbalan wakil tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF Malaysia, Sanja Saranovic berkata,
00:16perlindungan ke atas kanak-kanak memerlukan pendekatan menyeluruh berasaskan hak mereka yang merangkumi empat keutamaan penting keselamatan digital.
00:24Sanja memperincikan pendekatan utama yang diperlukan ialah tanggungjawab lebih tegas di peringkat platform media sosial.
00:33Antaranya seperti menyekat akses kepada bahan penderaan seksual kanak-kanak, CSAM, serta menyediakan saluran aduan mesra untuk mereka membuat laporan.
00:43Yang kedua, mengaplikasi reka bentuk dan alat yang bersesuaian umur bagi menawarkan pengalaman dalam talian yang lebih selamat tanpa bergantung kepada larangan umur semata-mata.
00:53Ketiga, memperkukuh regulasi dan penguatkuasaan serta keempat, menyediakan sokongan kepada ibu bapa, penjaga dan sekolah.
01:02Kenyataan UNICEF Malaysia itu dikeluarkan susulan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah umur 16 tahun yang dijangka dikuatkuasakan kerajaan.
01:11Ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan dalam talian yang berkuatkuasa 1 Januari.
01:17Sanja menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan serta pihak berkepentingan bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat belajar, berhubung dan berkembang dengan selamat dalam era digital.
Be the first to comment