Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM100 juta bagi tiga dana sukan utama tahun depan, merangkumi KWSN, GPS dan DSK, bagi meningkatkan pembangunan sukan serta penganjuran acara berimpak tinggi di seluruh negara.
00:00Kementerian Belia dan Sukan KBS memperuntukkan RM100 juta bagi 3 dana sukan utama tahun depan
00:06merangkumi kumpulan wang amanah sukan negara, geran padanan sukan dan dana sukan komuniti.
00:12Menteri Belia dan Sukan Hanah Yuh berkata, RM50 juta akan disalurkan kepada kumpulan wang amanah sukan negara KWSN,
00:19RM30 juta untuk geran padanan sukan GPS dan RM20 juta lagi diperuntukkan kepada dana sukan dan komuniti DSK.
00:27Beliau memaklumkan terma dan syarat terperinci serta jadual permohonan akan dimuat naik di laman web KBS mulai 15 Disember
00:36bagi memudahkan persatuan dan penganjur merancang serta mengemukakan permohonan mengikut jadual ditetapkan.
00:43Hanah menegaskan tiada charge, komisen mahupun berana dibenarkan dan semua permohonan boleh dibuat terus kepada KBS atau agensi terlibat.
00:52Beliau berkata demikian pada sidang media dana sukan KBS di Menara KBS pada Jumaat.
00:59Mengulas mengenai GPS, beliau berkata geran itu berbentuk tuntutan bayaran balik untuk kejohanan berprestasi dan berimpak tinggi
01:06di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dengan had kelulusan maksimum sehingga RM1 juta bagi acara yang memberikan impak besar kepada Malaysia.
01:16Bagi DSK, bantuan sekali beri itu mengutamakan persatuan sukan berdaftar dengan PJS serta kelab belia berdaftar dengan ROI
01:23dan mulai tahun depan turut dibuka kepada pertubuhan sukan berdaftar di bawah ROS.
01:30Permohonan di bawah RM10,000 akan dibayar terus manakala jumlah melebihi RM10,000 akan disalurkan secara berperingkat
01:38bagi memastikan program benar-benar dilaksanakan.
01:43Hanah menambah dana KWSN pula terbuka kepada atlik persendirian
01:47bagi sukan yang dipertandingkan dalam sukan olimpik atau termasya sukan rasmi
01:51dengan penyertaan luar negara hanya dipertimbangkan untuk kejohanan berstatus ranking dunia.
Be the first to comment