00:00Agensi Cuaca Jepun pada Jumaat menarik balik amaran tsunami negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori.
00:11Sebelum ini, Agensi Meteorologi Jepun JMA berkata pantai Pasifik Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi mungkin mengalami ombak tsunami setinggi 1 meter.
00:21Ia selepas gegaran yang berlaku pada 11.44 pagi waktu tempatan itu.
00:29Ombak sekitar 20 cm dilaporkan di beberapa bahagian Hokkaido dan Aomori namun tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda.
00:38Tohoku Electric Power Co sahkan tiada sebarang kejanggalan dikesan di loji tenaga nuklear Higashidori dan Onagawa yang masing-masing terletak di wilayah Aomori dan Miyagi.
00:49E-Senin lalu gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda di luar pantai timur Aomori.
00:56Susulan itu, JMA memberi amaran kemungkinan gegaran pada magnitud sama atau lebih kuat boleh melanda kawasan itu dalam beberapa hari akan datang.
Be the first to comment