00:00Jabatan Pengairan dan Saliran GPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan melibatkan kawasan rendah dan berisiko di tujuh jajahan bermula 14 hingga 17 Disember ini.
00:11Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, PREBN, memaklumkan situasi banjir itu dijangka berlaku susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia pada Jumaat.
00:23Tujuh jajahan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Kota Baru, Bacok dan Pasir Putih.
00:33Jelas pusat Ramalan itu bagi Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah. Ia melibatkan Lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, manakala Macang dan Kota Baru pula di Lembangan Sungai Kelantan.
00:45Sementara bagi jajahan Pasir Putih kawasan terlibat di kawasan Lembangan Sungai Semerak, manakala Bacok melibatkan Lembangan Sungai Semerak, Sungai Kemasin dan Sungai Gali.
00:56Sehubungan itu, JPS akan membuat pementauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Lembangan Sungai Berkenaan.
01:08Ini kerana banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh jangkaan.
01:13Susulan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan, di jangka banjir, diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Be the first to comment