00:00Seorang lelaki cedera disyaki ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan kampung Maasub, Senaling di Kuala Pilah pada Jumaat.
00:10Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhammad Mustafa Husin berkata, semasa kejadian, mangsa berusia 47 tahun berada di lokasi seorang diri.
00:22Ujannya mangsa dikatakan terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.
00:27Selain itu, mangsa juga sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan.
00:32Muhammad Mustafa berkata, mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dilaporkan stabil.
00:39Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
00:47Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi ibu pejabat polis daerah IPD Kuala Pilah
00:54atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Helmi Husin menerusi talian tertera bagi membantu siasatan.
Be the first to comment