Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Anwar Ibrahim berbincang dengan Donald Trump mengenai langkah meredakan ketegangan Kemboja–Thailand, sambil menegaskan komitmen Malaysia dan ASEAN terhadap dialog serta kestabilan serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebelum itu, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Kemboja-Thailand.
00:08Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada Trump yang turut membangkitkan mengenai hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.
00:21Menurut Anwar, beliau menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanism dua hala dan ASEAN.
00:31Katanya Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN.
00:42Anwar turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif Amerika dengan ASEAN serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai pengurusi ASEAN 2025.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended