Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Untuk rekod, sektor tenaga elektrik Syria telah terjejas teruk akibat perang yang berlarutan selama lebih sedekad, dengan sebahagian besar grid nasional mengalami kerosakan akibat konflik.

Transcript
00:00Syria menandatangani dokumen akhir bagi projek pemulihan grid kuasa bersama Bank Dunia, menandakan inisiatif pertama Bank Dunia di negara itu dalam tempoh hampir empat dekad.
00:10Dalam catatan di Facebook pada Kamis, Menteri Keuangan Muhammad Yisrib Barneh berkata, projek berkenaan dibiayai melalui geran dan bukannya pinjaman dan akan menyokong usaha kerajaan.
00:21Ini khususnya Kementerian Tenaga untuk meningkatkan ketersediaan elektrik serta mengukuhkan ekonomi negara.
00:30Pada Jun lalu, Menteri itu mengumumkan lembaga pengarah Bank Dunia telah meluluskan geran berjumlah $146 juta Amerika bagi memulihkan talian penghantaran elektrik di Syria.
00:42Dalam kenyataan terbarunya, Barneh berkata beberapa projek tambahan juga sedang disediakan dengan kerjasama Bank Dunia merentasi pelbagai sektor.
00:52Beliau menyatakan projek itu juga akan dibiayai melalui geran dan dijangka diumumkan sepanjang tahun hadapan.
00:59Sektor tenaga elektrik Syria telah terjejas teruk akibat perang yang berlarutan selama lebih sedekat, dengan sebahagian besar grid nasional mengalami kerosakan akibat konflik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended