Belanjawan Sabah 2026 antara lain akan memberi tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan isu kemudahan asas, yang sejak sekian lama membelenggu rakyat khususnya di kawasan luar bandar negeri itu.
00:00Belanjawan Sabah 2026 antara lain akan memberi tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan isu kemudahan asas yang sejak sekian lama membelenggu rakyat khususnya di kawasan luar bandar negeri itu.
00:11Ketua Menteri Datuk Seri Haji J Nur berkata, komitmen menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan raya terutama di luar bandar akan diberi keutamaan demi menjamin kesejahteraan rakyat selaras dengan tema Belanjawan Sabah 2026 memacu pembangunan kesejahteraan rakyat diutamakan.
00:30Belanjawan ini adalah satu belanjawan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti tema dia jadi inilah yang akan kita laksanakan untuk tahun depan jadi selain daripada itu tumpuan juga kepada isu-isu ataupun masalah tiga serangkai itu menjadi keutamaan kerajaan airnya jalan rayanya dan juga apa nama elektrik
00:59luar bandarnya. Jadi semua ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan selain juga memberi pembelaan atau bantuan diteruskan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan juga anak-anak kita yang bersekolah ini, pendidikan, modal insan semuanya.
01:21Kerajaan Sabah pada Jumaat membentangkan Belanjawan Sabah 2026 berjumlah 6.402 bilion ringgit tengah anggaran lebihan 28 juta ringgit.
01:32Daripada jumlah keseluruhan itu, 5.202 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala 1.2 bilion ringgit bagi caruman kepada kumpulan wang pembangunan.
Be the first to comment