Koordinator Generasi, Universiti Malaya (UM), Erika Roslan berkata program literasi kewangan yang ada ketika ini terlalu tertumpu kepada aspek teori pengurusan kewangan. Beliau tegaskan program-program seumpamanya perlu memberi lebih banyak penekanan kepada aspek praktikal mengurus perbelanjaan. #DialogAnakMuda
00:00Dan di sini, perlukah adanya pendidikan literasi atau celik kewangan yang seharusnya diwajibkan sebagai silibus kepada, bukan sahaja para pelajar di sekolah menengah, tetapi sejak di bangku sekolah rendah lagi dah perlu diperkenalkan?
00:13Mungkin?
00:14Kalau pada pendapat saya, program literasi itu memang patut dibuat dari bangku sekolah rendah lagi.
00:21Tetapi, sekarang ini kebanyakannya yang dibuat secara teori, tidak secara praktikal.
00:26Itu problem utama dia.
00:27Sebab pelajar hanya tahu teori macam mana mengurus kewangan, tapi tidak tahu macam mana bila dapat duit itu, nak urus macam mana.
00:35Mereka tahu secara teori, tidak mengalami secara praktikal.
00:39And then, program-program macam literasi kewangan itu, bila dibuat, sehari dua saja.
00:44And then, after that, after saja dari program tersebut, pelajar mungkin akan lupa.
00:48Di mana AKPK ini, dia patut mewajibkan seseorang itu, sebelum dia diisytiharkan muflis, seseorang itu perlu menjumpa dengan agensi AKPK ini untuk mereka mendapatkan, orang kata apa?
01:05Mendapatkan nasihat bagaimana dia nak menguruskan kewangan.
01:11Ataupun, inisiatif lainnya adalah prasimpanan.
01:17Di mana, inilah satu, orang kata, platform yang bukannya diorang datang bila diorang dah muflis.
01:24Biasanya, yang perlukan orang kata nasihat kewangan ini, bila dia dah betul-betul muflis, baru dia datang cari apa yang saya perlukan.
01:31Jadi, patutnya dah nak nampak bau-bau nak muflis itu, kena terus cari.
01:37Supaya, orang kata, daripada susunan nak menyelamatkan seorang itu, daripada terus dikategorikan sebagai muflis, dapat kita elakkan.
Be the first to comment