Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Konflik sempadan Thailand–Kemboja cetus persoalan besar: kesan kepada ASEAN, perdagangan, dan pengaruh kuasa besar. Geostrategis, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara ulas senario masa depan dan langkah diplomatik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada waktu ini kita akan bawakan perbincangan berkenaan dengan ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja yang mana ini bukanlah isu yang baru.
00:08Ia berpunca daripada pertikaian kawasan bersejarah seperti Quill, Priya, VR yang sudah berlarutan lebih serikat.
00:15Walaupun konflik bersifat low intensity ia berlaku ketika ASEAN sedang berdepan cabaran integrasi ekonomi
00:21bernilai lebih 3.6 triliun dolar dengan perdagangan inter-ASEAN mencecah 700 bilion dolar setahun.
00:27Jadi persoalannya sejauh mana ketegangan ini boleh menggugat kestabilan serantau, pelaburan asing dan juga membuka ruang kepada pengaruh kuasa besar seperti Cina dan juga Amerika Syarikat.
00:38Jadi untuk kita berbincang lanjut kita bersama dengan Geostrategis Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Azmi Hassan. Selamat pagi Azmi.
00:47Selamat pagi.
00:47Okey, kalau kita nak mulakan perbincangan mungkin Azmi boleh kongsikan sejauh mana sebenarnya isu sempadan ini berkait dengan faktor nasionalism dan politik domestik kedua negara. Silakan.
01:00Ya Nabilah, ianya berkait 100% mengenai nasionalisme dan juga semangat patriotik rakyat kedua-dua negara.
01:07Ini adalah kawasan yang seperti disebut tadi sempadan mempunyai beberapa queer yang Thailand mengatakan itu hak mereka dan Kambodian mengatakan itu hak mereka pula.
01:19Jadi penyelesaiannya amat sukar sekali.
01:22Selagi apa yang tidak dapat diselesaikan dimuktamadkan sempadan antara kedua-dua negara, maka ianya akan berlarutan.
01:30Seperti Nabilah cakap tadi, ianya berlarutan, sudah berdekat lamanya.
01:35Tapi masalahnya adalah Thailand mengatakan ini isu bilateral dan Kambodian mengatakan ini adalah isu perundangan terbangsa.
01:43Jadi terdapat pertentangan di situ antara kedua-dua negara, Nabilah.
01:47Dan kalau kita lihat ini dah mewasuki hampir seminggulah ini berlaku sebelum atau selepas perjanji yang telah dilakukan sewaktu ASEAN sambit hari itu.
01:56Tapi bagaimana ketegangan ini menguji sebenarnya prinsip ASEAN seperti non-interference dan juga consensus-based decision making?
02:06Ya Nabilah, Malaysia sebelum ini 7-8 tahun lepas telah pun dikatakan campur tangan hal domestik Myanmar.
02:13So tak ada isu di sini.
02:14Dan sebagai Malaysia, sebagai pengurusi ASEAN dikatakan juga telah campur tangan dalam isu ini Thailand-Kambodian ini walaupun Thailand mengatakan ini adalah isu bilateral.
02:24Tapi kita sebagai pengurusi ASEAN tidak mahu melihat di sisi sahaja.
02:29Dan terus Perdana Menteri Dato' Sri Anwar sebagai pengurusi membuat panggilan kepada dua-dua Perdana Menteri Thailand dan Kambodian.
02:37Tapi masalahnya Nabilah adalah sekarang isunya adalah dikatakan kritikal, unik kerana peralihan kuasa daripada Malaysia kepada Filipina.
02:48Dan setakat ini Filipina belum lagi mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.
02:52Jadi ini dikatakan amat menarik sekali.
02:55Adakah Filipina akan membuat seperti apa yang Malaysia lakukan sebelum ini?
02:59Belum lagi nampak warna-warninya Nabilah.
03:02Kalau kita lihat dari segi kekuatan ASEAN itu sendiri, adakah sebenarnya ASEAN mempunyai mekanisme ataupun strategi yang cukup kuat untuk mengelakkan konflik dua hala daripada menjejaskan integrasi serantau ini?
03:16Sebenarnya tiada Nabilah. Kita tak ada kerangka untuk menyelesaikan konflik.
03:23Tapi umpamanya kalau konflik berlaku di Laut Cina Selatan, dia ada kerangkanya, deklarasi Laut Cina Selatan.
03:29Tapi dalam hal konflik antara negara ASEAN, kita tak ada lagi.
03:33Sebab itu dia katakan bahawa Perdana Menteri sebagai pengurusi ASEAN telah campur tangan awal lagi dan menyediakan kerangka.
03:40Tapi kerangka itu Nabilah hanyalah kerangka gencatan senjata, bukan kerangka menyelesaikan masalah sempadan di antara Kemboja dan Thailand.
03:51Jadi itu dia katakan.
03:53Tapi hakikatnya adalah ianya banyak bergantung kepada pengurusi ASEAN.
03:58Kalau pengurusi ASEAN nak buat sesuatu, dia akan buat sesuatu hari ini dah buat dah.
04:02Tapi kalau pengurusi dikatakan tak nak campur tangan kerana ini isu bilateral, kita tak boleh buat apa-apa.
04:08kerana itu adalah kuasa-bilang kuasa pengurusi ASEAN, Nabilah.
04:12Azmi, sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ada mengeluarkan kenyataan.
04:19Satu panggilan akan dibuat, panggilan telefon akan dibuat bersama dengan Thailand dan juga Kemdia.
04:23Mungkin apa jangkaan yang Azmi boleh kongsikan kepada kami yang akan ditemeterai antara mereka dalam perbualan telefon itu?
04:32Ya, Nabilah. Secara jujurnya saya kata, biarlah panggilan ini tidak berlaku.
04:36kerana dia menyusahkan kita sebenarnya dengan apa yang dikatakan bulan Oktober lepas KL Peace Accord
04:43yang Trump mengatakan bahawa beliau telah menyelesaikan masalahnya.
04:46Tapi sebenarnya penyelesaiannya tak ada langsung di dalam KL Peace Accord itu.
04:51Jadi ini timbulnya masalahnya.
04:53Tapi hakikatnya Beijing juga telah membuat kenyataan bahawa dalam menyelesaikan isu ini,
04:59ia memerlukan satu kuasa yang neutral, satu kuasa yang dihormati oleh Thailand dan juga Kemboja.
05:08Dan saya membacakan kenyataan Beijing ini sebagai menyeru pengurusi ASEAN melakukan sesuatu
05:15seperti apa yang kita telah lakukan sebelum ini, Nabilah.
05:18Tapi hakikatnya adalah kalau ditanya antara Beijing dengan Washington,
05:23kuasa besar mana yang dikatakan patut menyelesaikannya,
05:27saya lebih mengharapkan Beijing.
05:29Walaupun Beijing itu rapat dengan Kemboja, Thailand lebih rapat dengan Washington,
05:34tapi hakikatnya adalah Beijing itu lebih dikatakan boleh menjadi perantara yang lebih adil, Nabilah.
05:41Kita nak memahami kesannya dengan lebih berdalam.
05:45Sebab kalau ia berlarutan, ia akan menjejaskan pelbagai aspek.
05:48Jadi apa mungkin risiko kepada satu dari segi perdagangan rentas sepadan dan pelabur asing di kedua negara?
05:54Dan adakah ketegangan ini sebenarnya boleh memberi kesan domino kepada rantaian bekalan serantau,
05:59khususnya sektor pertanian dan juga tenaga?
06:03Kalau dilihat sekarang ini, rencatan ataupun kekangan perdagangan hanya berlaku di antara Thailand
06:11dan Kemboja.
06:13Belum lagi timbul pelabur asing menunggu untuk melihat apa yang berlaku selepas ini.
06:18Tapi hakikatnya di salah satu pintu sempadan di mana banyak dikatakan berlaku aktiviti perdagangan
06:25antara Thailand dan Kemboja dalam setahun lupamanya USD 5 bilion,
06:31ianya akan memberi kesan kepada Thailand yang memerlukan sumber asli daripada Kemboja
06:37dan juga Kemboja yang memerlukan dikatakan capital daripada Thailand.
06:43Tapi setakat ini ada satu projek, projek tenaga yang terbantut.
06:48Tapi itu setakat hari inilah yang kita melihat yang memberi kekangan kepada aktiviti ekonomi
06:55di antara kedua-dua negara.
06:57Tapi setakat ini belum lagi.
06:58Ia akan merencatkan rantaian bekalan makanan, samata pertanian ataupun teknologi.
07:03teknologi belum lagi sebab dikatakan konflik ini hanya berlaku di sempadan
07:10dan di sempadan kedua-dua negara sahaja, Nabila.
07:13Jadi bagaimana cara terbaik ataupun mungkin perjanjian lain yang perlu dibuat?
07:18Kita dah buat KL Peace Accord tapi memang nampaknya tak berjalan juga.
07:21Jadi bagaimana Thailand antara Thailand dan Kemboja ini boleh imbangi hubungan
07:24dengan kuasa besar sambil nak mengurus konflik ini pada waktu yang sama?
07:27Ya, bila Nabila sebut KL Peace Accord itu, kedua-dua negara hanya bersetuju untuk
07:35menandatangan ini kerana Trump telah memberi ugutan akan naikkan tarif.
07:39Jadi sekarang bagi saya, terutama sekali Thailand ugut setara mana pula
07:44Trump untuk naikkan tarif.
07:47Saya pasti Thailand tidak akan menghirapannya.
07:50Malah Thailand telah menuduh kita.
07:52Malaysia telah membawa Presiden Trump itu untuk mencampuri hal ASEAN.
07:58Jadi bagi saya, kalau nak dikatakan kedua-dua kasa besar ini,
08:03adakah kita memerlukan perjanjian seterusnya?
08:05Kita mulakan dululah perjanjian kejatan senjata yang telah dibuat oleh kita.
08:10Kerangkanya belum tapi asas kerangkanya Nabila adalah
08:14supaya jatuan kuasa sempadan bersama antara Thailand dan juga Kemboja
08:19berbincang, memulakan perbincangan. Itu asas kerangka
08:23gencatan senjata yang dibuat oleh Malaysia.
08:26Dalam KL Peace Accord, dia tak ada tau.
08:29Dia tak ada framework ini. Sebab itu dia katakan kacau bilau
08:33apa yang berlaku di sempadan Thailand dan Kemboja, Nabila.
08:36Kita nak tengok ke konteks yang lebih besar.
08:39Kita nak ke worst case scenario.
08:41Mungkin apa dari segi implikasi undang-undang antarabangsa
08:44jika salah satu pihaklah membawa isu ini ke mahkamah
08:48keadaan antarabangsa ataupun ICJ dan bagaimana ia boleh
08:51mengubah dinamika diplomatik di peringkat ASEAN?
08:55Azmi.
08:57Ya, Nabila. Thailand mengatakan ini isu bilateral.
09:00Orang lain jangan masuk campur.
09:02Tapi Kemboja telah pun membuat aduan kepada ICJ
09:06beberapa tahun lepas dan juga baru-baru ini
09:09pada bulan Mei, bulan 6
09:11dan ICJ berpihak kepada Kemboja.
09:15Jadi kita dapat baca bahawa kenapa Thailand tidak mahu
09:17dikatakan pihak ketiga
09:19menggunakan perundangan antarabangsa dan Kemboja ini lebih mirip
09:23bahawa menggunakan ICJ ataupun
09:26mengkamah perantara antarabangsa
09:28kerana memihak kepada mereka.
09:30Tapi masalahnya adalah
09:32Nabila, Thailand mempunyai kekuatan tentera.
09:36dan kita lihat apa yang berlaku ini
09:38banyak dikatakan aset ketenteraan dilakukan
09:41dan Perdana Menteri Thailand, Anutin
09:42memberi kuasa sepenuhnya kepada
09:45tentera Thailand untuk melakukan
09:48apa sahaja. Jadi ini yang menjadi
09:50isunya.
09:51Nak dibuat aduan ICJ, dah dibuat.
09:54Mengkamah perantara pun dah bagi keputusan.
09:57Tapi Thailand itu perlu bersetuju.
09:59Dan setakat ini, Thailand masih
10:01dikatakan mahu menggunakan kekuatan
10:03tentera mereka dalam menyelesaikan masalah ini.
10:05Tapi bagaimana pula dengan keselamatan
10:08dari segi keselamatan negara-negara serantau
10:10ataupun negara jiran yang terdekat
10:11dengan dua negara ini?
10:14Adakah ia akan mencetuskan peningkatan juga
10:16perplanjaan ketenteraan di kedua negara?
10:19Khususnya kalau ini akan beri kesan terhadap
10:22bajet pembangunan domestik untuk Thailand dan Kemboja?
10:25Dan satu lagi saya nak tanya tentang
10:26bagaimana ia boleh jejaskan dari segi
10:28pelaksanaan projek infrastruktur serantau
10:30seperti RCEP dan juga Belt and Road Inisiatif, Azmi?
10:36Ya, betul. Mula-mula kita pergi ke RCEP dulu
10:39antara ASEAN dan lima negara kuasa besar ekonomi yang lain.
10:44Saya pasti ianya tidak akan merencahkan
10:46pelaksanaan RCEP yang telah berlangsung
10:48selama tiga tahun dan jangan lupa juga
10:50ASEAN baru menandatangani
10:52Kafta dengan China.
10:54Juga saya tidak melihat ini akan
10:56memberi kesan negatif
10:58tanda pelaksanaannya mengenai dengan
11:00kesan domino di mana negara ASEAN
11:04akan merancakkan
11:06perbelanjaan pertahanan juga saya tidak melihat
11:08kerana kita melihat ianya berlaku
11:10di sempadan 800km. Itu pun bukan
11:12seluruh 800km
11:14sempadan Thailand dan Kemboja.
11:16tetapi hakikatnya juga
11:18Kemboja belajar bahawa
11:19mereka perlu meningkatkan
11:21kekuatan ketenteraan mereka.
11:23Jadi itu dikatakan kesan terdekat
11:25tentang perbelanjaan pertahanan
11:28terutama sekali terhadap Kemboja
11:30di mana Thailand pada ketika ini
11:31mempunyai kelebihan
11:33kalau kita bercakap tentang
11:35strategi ketenteraan.
11:37Nabilah.
11:38Baik, semoga kita dapat saksikan
11:40satu langkah strategik
11:42ataupun diplomatik yang boleh menyelesaikan
11:45konflik antara kedua-dua negara
11:46yang berpanjangan
11:48selepas KL Peace Accord
11:49telah ditemeterai
11:50pada sebelum ini.
11:51Tapi terima kasih di ucapkan kepada Azmi Hassan
11:53Geostrategis Akademi Pelidikan Strategik
11:55Nusantara atas perkungsi
11:57yang telah diberikan tadi.
11:57terima kasih.
11:58Terima kasih.
11:59Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended