Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Amerika Syarikat merampas kapal tangki di perairan Venezuela ketika tekanan ketenteraan meningkat. Trump mengesahkan operasi itu, sementara Caracas menuduh Washington cuba menggulingkan kerajaan Maduro. Ketegangan serantau terus memuncak.
Transcript
00:00Amerika Syarikat telah merampas sebuah kapal tangki minyak di perairan Venezuela di lokasi Presiden Donald Trump mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan sejak beberapa bulan lalu.
00:11Agensi British Reuters dan Bloomberg melaporkan bahawa pengawal pantai Amerika mengetuai operasi merampas kapal tersebut.
00:20Namun butiran seperti nama dan lokasi tidak didedahkan.
00:30Penadbiran Trump telah meningkatkan ancaman terhadap Venezuela dengan menempatkan aset ketenteraan yang besar di rantau Karibian.
00:51Ini termasuk penempatan kapal pengangkutan pesawat terbesar di dunia USS Gerald Ford ke selatan Karibian.
00:58Di bawah Trump, Amerika juga telah melaksanakan kempen serangan maut terhadap bot yang didakwa terlibat dalam pengindaran dadah di Laut Karibian dan Lautan Pasifik Timur.
01:06Sekurang-kurangnya 22 kapal telah diserang dan dianggarkan 87 orang terbunuh.
01:11Trump juga berulang kali mengancam untuk meneruskan kempen pengeboman dengan melancarkan serangan di darat.
01:16Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, mendakwa tindakan Amerika itu satu bentuk usaha untuk menggulingkan kerajaannya.
01:23Kerajaan Venezuela belum memberikan sebarang kenyataan balas terhadap insiden terbaru ini.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended