Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Kota Damansara selepas dilaporkan hilang selama dua minggu. Polis sahkan tiada unsur jenayah, siasatan lanjut diteruskan.
00:00Seorang lelaki ditemui meninggal dunia pada Khamis di sebuah rumah di Kota Damansara setelah dilaporkan menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.
00:10Penemuan itu dilaporkan kepada polis kira-kira jam 11.27 malam sebelum sepasukan anggota IPD Petaling Jaya bergerak ke lokasi kejadian.
00:18Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Syamsuddin Mamad berkata mangsa yang tinggal seorang diri disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh sebaik pemeriksaan dilakukan.
00:32Mangsa pernah menjalani pembedahan rawatan di bahagian kepala beberapa tahun lalu. Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.
00:42Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses berdasiasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.
00:51Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak IPD Petaling Jaya.
Be the first to comment