Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan dekri diraja bagi membubarkan Dewan Perwakilan, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.
00:00Raja Thailand, Raja Mahavajiralongkon memperkenankan dekri diraja bagi membubarkan Dewan Perwakilan
00:11sekaligus membuka haluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.
00:19Pengumuman rasmi mengenai dekri itu di laman web rasmi menyebut
00:22perkenan diberikan selepas menerima cadangan daripada Perdana Menteri Anutin Chan Virakul
00:28yang berpendapat pembubaran Dewan wajar dilakukan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk memilih Arli Parlimen Baru.
00:37Dalam pernyataannya kepada Raja, Anutin menjelaskan bahawa kerajaan yang memulakan tugas pada September 2025 itu
00:44beroperasi sebagai pentadbiran minoriti yang terdiri daripada beberapa parti politik tanpa majoriti di Dewan Perwakilan.
00:52Katanya negara berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi, tekanan sosial dan politik,
00:57perubahan dinamik geopolitik serta ketegangan keselamatan baru-baru ini di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
01:04Ujah beliau kerajaan telah mengambil langkah segera menangani isu-isu nasional mendesak termasuk usaha pindaan perlembagaan,
01:11dasar pemulihan ekonomi dan inisiatif membantu komuniti yang terkesan akibat bencana alam serta kejutan luaran.
01:18Anutin menambah pentadbiran yang stabil dengan mandat jelas diperlukan bagi memastikan takbir urus yang berterusan dan berkesan,
01:25manakala situasi semasa boleh menjejaskan kestabilan politik serta keyakinan antarabangsa.
01:31Justeru, Dekri menyebut tindakan yang sewajarnya ialah membubarkan Dewan Perwakilan bagi mengembalikan kuasa membuat keputusan kepada rakyat.
01:39Suranjaya Pilihan Raya dijangka menetapkan tarikh pengundian dalam tempoh tidak kurang 45 hari dan tidak menlebihi 60 hari selepas Dekri itu dikuat kuasa.
01:47Pada Kamis, Anutin membuat naik kenyataan dalam bahasa Thai di Facebook menyatakan mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat.
01:54September lalu, Anutin berkata beliau merancang membubarkan Parlimen menjelang akhir Januari dengan pilihan raya umum berkemungkinan diadakan pada Mac atau awal April.
02:03Pilihan raya umum akan menyaksikan kesemua 500 kerusi di Dewan Perwakilan dipertandingkan.
02:08Pilihan raya umum akan menyaksikan kesemua 500 kerusi di Dewan Perwakilan di Dewan Perwakilan.
Be the first to comment