Skip to playerSkip to main content
Pasangan kekasih nafi pecah rumah

Seorang lelaki dan teman wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth terhadap pertuduhan pecah rumah, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajatulhuda Mohamad Rosli.

Tertuduh, Mohammad Zaini Yusoff, 26 dan Nurul Natasha Mohammad Shukri, 22, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun keseksaan.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pasangankekasihnafi #Butterworth
Transcript
00:00Seorang lelaki dan teman wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Batworth terhadap pertuduhan pecah rumah dua bulan lalu.
00:11Tertuduh, Muhammad Zaini Yusof, 26 tahun dan Nurul Natasha Muhammad Syukri, 22 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
00:25Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang individu yang masih bebas telah melakukan pecah rumah dengan niat untuk melakukan perbuatan mencuri di sebuah rumah.
00:36Perbuatan itu dilakukan di Taman Eko Medos, Bukit Tambun antara jam 2.30 pagi sehingga 5 pagi 30 September lalu.
00:46Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:56Sementara itu, Nurul Natasha juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu enam utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM20,000 milik Muhammad Daniel Syafiq di Ruang Solat Wanita, sebuah kilang di Batu Kawan pada 4.45 petang 31 Oktober lalu.
01:18Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
01:26Zulhazmi menetapkan 14 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk kedua-dua pertuduhan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended