Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram.
00:00Seterusnya, Jabatan Peguam Negara AGC memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datin Sri Rosmah Mangso daripada 17 petuduhan pengubahan wang haram.
00:14Difahamkan keputusan dibuat selepas AGC berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan.
00:22Menurut laporan dikeluarkan bernama, AGC memaklumkan pihaknya telah menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2025 dan meneliti sepenuhnya alasan penghakiman sebelum membuat keputusan.
00:37Dilaporkan juga antara faktor yang diambil kira ialah kesukaran pihak pendawaan untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah kerana saksi-saksi penting telah meninggal dunia dan tidak dapat dikesan.
00:49Tegas AGC semua aspek fakta dan undang-undang telah diteliti sebelum notis penarikan balik rayuan difilkan pada 9 Disember lalu.
00:58Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan proseding lain yang masih berjalan termasuk kes rasuah projek solar hybrid yang kini berada di peringkat Mahkamah Rayuan.
01:07Rosmah sebelum ini disabitkan bersalah atas tiga petuduhan rasuah berkaitan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.
01:20Namun, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.
Be the first to comment