Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
JAS Kelantan beri penekanan terhadap pengurusan bahan penyejuk dan kawalan pelepasan gas ozon, selain OPS Gerak Bersepadu pantau pelepasan asap kenderaan dan sisa elektronik.
Transcript
00:00Jabatan Alam Sekitar JAS Kelantan memberi penekanan terhadap pengurusan bahan penyejuk sebagai komponen penting dalam usaha mengawal pelepasan gas yang menjejaskan lapisan ozon.
00:12Pengarahnya Wan Aminodin Wan Kamarudin berkata, pemeriksaan dijalankan sepanjang minggu operasi bermula 7 hingga 11 Disember terhadap bengkel berkaitan pengurusan bahan penyejuk.
00:23Beliau berkata, pemeriksaan itu penting bagi memastikan pengendalian bahan penyejuk dilakukan mengikut piawa yang ditetapkan sekaligus mengelak pelepasan tidak terkawal yang boleh menjejaskan kualiti udara.
00:37Setakat ini, tiada pelanggaran ketara dikesan namun arahan di lapangan diberikan bagi penambahbaikan aspek tertentu dan tidak melibatkan pengeluaran notis.
00:45Beliau berkata, Ops Gerak Bersepadu turut memberi tempuan kepada pelepasan asap kenderaan dan bunyi bising motosikal selain mengambil sampel petrol dan diesel di beberapa stesen minyak terpilih bagi menguji kandungan sulfo mengikut peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling, kawalan kandungan petrol dan diesel 2007.
01:02Pemeriksaan juga dilakukan terhadap pembawa lori yang mengendalikan lebih 10 kenderaan bagi memastikan mereka mempunyai peralatan mencukupi untuk menguji perlepasan asap di bawah peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling, kawalan perlepasan daripada enjin diesel 1996.
01:18Selain itu, JAS juga telah bekerjasama dengan pasukan gerakan AM memantau kilang yang tidak mematuhi syarat pengurusan bahan buangan elektronik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended