Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyelaras proses pendaftaran dan penyaluran bantuan sebanyak RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan susulan bencana yang melanda wilayah Aceh dan Sumatera Utara.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT akan menyelaras proses pendaftaran dan penyaluran bantuan sebanyak RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan susulan bencana yang melanda wilayah Aceh dan Sumatera Utara.
00:15Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Kader berkata langkah itu selaras dengan pengumuman kerajaan pada Khamis.
00:23Katanya KPT juga akan memastikan semua proses dilaksanakan secara teratur bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.
00:33Zamri berkata KPT menyambut baik dan menzahirkan perhargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keputusan kerajaan menyalurkan bantuan segera kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan.
00:43Beliau berkata sebagai sebuah negara jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan sejarah persadaraan yang akrab, KPT menyokong penuh usaha itu dalam memastikan kebajikan pelajar diberi perhatian, terutama ketika mereka berdepan situasi getir jauh daripada keluarga.
00:59Zamri pada masa sama berkata KPT turut memberi perhatian kepada pelajar Malaysia di Aceh termasuk pelajar yang menuntut di beberapa institusi pendidikan di wilayah itu.
01:07Beliau berkata bagi menjamin keselamatan dan kebajikan mereka, KPT akan menyalurkan bantuan khusus termasuk bantuan kewangan RM500 seorang serta sokongan tambahan mengikut keperluan semasa.
01:20Menurut Zamri, KPT juga memutuskan agar satu bentuk bantuan khusus turut dipanjangkan kepada kumpulan pelajar Malaysia yang terkesan selaras dengan semangat kepedulian yang dizahirkan kerajaan madani.
01:31Jelasnya KPT kini sedang berhubung rapat dengan pihak Edukasi Malaysia EM di Indonesia, Kerutaan Besar Malaysia di Jakarta serta pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan senarai lengkap pelajar Malaysia di Aceh dan menilai tahap keperluan mereka.
01:45Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended