Selepas hampir 11 tahun hidup bersendirian dan bergelar ibu tunggal, Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira, sah bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Ezwan Zain atau "Mr E", tepat pada 9.19 pagi tadi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Selangor.
00:00Bertemu kembali. Pelakon, penyanyi dan host terkenal Era Fazira selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya Ezwan Zain atau Mr. E tepat pada 9.19 pagi tadi di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang, Sya'alam Selangor.
00:16Selepas hampir 11 tahun hidup bersendirian dan bergelak ibu tunggal, Era kini menemui lelaki istimewa yang akan menjadi peneman setia dalam meniti kehidupan bersama.
00:26Laporannya bersama rakan setugas Syafiqah Azmi yang menghadiri majlis pernikahan itu di Sya'alam.
00:34Baik, terima kasih rakan setugas yang berada di Bukit Jalil. Tapi sebelum itu izinkan saya memberi pantun sebelum saya mulakan.
00:43Hari ini menunggal jagung, hari esok meminta tali, hari ini kita berkampung meraihkan mempelai dua sejoli.
00:50Dengan itu, secara sah penyanyi dan pelakon terkenal, Era Fazira bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ezwan Zain yang selamat diijab kabul pada jam 9.20 pagi Jumaat.
01:03Dan Era dan Ezwan tampil sedundun berwarna biru syair rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini.
01:11Dan majlis yang sedang berlangsung sekarang kira-kira dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan dan juga keluarga rapat pasangan.
01:24Dan mas kawin Era pada hari ini adalah sebanyak sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai simbolik penyatuan dua jiwa tersebut.
01:34Dan selain itu, sepersalinan emas, tas tangan, jam tangan serta sepasang kasut turut diberikan dalam hantaran perkawinan daripada pihak lelaki.
01:46Dan pasangan mereka sebenarnya didikahkan oleh penolong pendaftar perkawinan majlis agama Islam Muhammad Sabirin bin Nordin sebagai juru nikah mereka.
01:58Dan ketika ini, jika anda lihat masih lagi saudara mara dan juga keluarga di bahagian belakang Era dan juga Ezwan mengambil gambar dan juga sebentar saja lagi kita akan adakan sidang media bersama Era.
02:12Dan mungkin setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat ketika ini tetapi sebelum itu, jangan lupa untuk saksikan Era Fazira muzik video terbaru mereka iaitu Cinta Abadi 2025 pada jam 8 malam ini.
02:29Baiklah, itu sahaja daripada saya. Kembali ke studio.
Be the first to comment