Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pertempuran terus memuncak di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand, dengan letupan kedengaran berhampiran kuil bersejarah, ketika Presiden Amerika Syarikat (as) Donald Trump dijangka membuat panggilan mendesak kedua-dua negara menghentikan pertempuran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selain itu, pertempuran terus memuncak di sepanjang sempadan Kemboja, Thailand dengan letupan kedengaran berhampiran kuil bersejarah ketika Presiden AS Donald Trump dijangka membuat panggilan mendesak kedua-dua negara menghentikan pertempuran.
00:16Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, manakala kira-kira 600,000 penduduk, kebanyakannya di Thailand telah melarikan diri daripada kawasan pertempuran yang melibatkan jet pejuang, kereta kebal dan drone.
00:27Pertikaian berpunca daripada garisan sempadan era kolonial sepanjang 800km, termasuk beberapa kuil purba yang dituntut oleh kedua-dua negara.
00:39Pertempuran minggu ini adalah yang paling dasyat sejak insiden lima hari pada Julai lalu yang menyebabkan puluhan terkorban.
00:46Trump berkata beliau yakin mampu menghentikan konflik seperti yang berlaku sebelum ini, namun Pejabat Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul mengesahkan tiada koordinasi lagi dengan Washington.
00:56Awal pagi Jumaat, Anutin Perdana Menteri ketiga Thailand dalam tempoh tiga tahun mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal daripada dijangka bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
01:08Di kedua-dua negara, masing-masing menyalahkan pihak lain atas tercetusnya semula konflik yang kini merebak kelima wilayah.
01:16Thailand melaporkan sembilan anggota tenteranya maut dan lebih 120 cedera, manakala Kemboja mengesahkan 11 kematian orang awam.
01:23Lebih 192,000 penduduk Kemboja dan 400,000 di Thailand telah dipindahkan.
01:30Kemboja yang memiliki keupayaan ketenteraan lebih kecil berkata, Thailand memulakan serangan terbaru pada Khamis termasuk mengebom kawasan berhampiran Kuil Kena.
01:40UNESCO menyeru pelindungan warisan budaya, susulan pertempuran berhampiran Kuil Priya Via, tapak warisan dunia yang didakwa telah rosak akibat berdilan.
01:49Kecatan senjata sebelum ini ditaja Amerika Syarikat, China dan Malaysia sebagai pengurusi ASEAN pada Julai tetapi perjanjian itu terbantut selepas insiden letupan periuk api yang mencederakan askar Thailand bulan lalu.
02:03Terima kasih.
02:05Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended