Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sekurang-kurangnya 24 mangsa yang tidak dikenali dalam tragedi banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia dikebumikan secara pengebumian beramai-ramai di Padang pada Rabu.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 24 mangsa yang tidak dikenali dalam tragedi banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia dikebumikan secara beramai-ramai di Padang pada Rabu.
00:10Di kawasan yang paling teruk terjejas di Sumatera Barat, pihak polis memaklumkan bahawa 235 mayat telah berjaya dikenalpasti setakat ini,
00:18manakala baki 24 lagi masih belum dituntut oleh waris walaupun ditemui lebih seminggu selepas bencana itu melanda pada akhir November.
00:26Menurut data rasmi, angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut itu telah meningkat kepada 967 orang setakat Rabu dengan 262 lagi masih dilaporkan hilang.
00:38Kira-kira 5,000 mangsa turut dilaporkan cedera, ribut sama turut meragut sekitar 200 nyawa di Malaysia dan selatan Thailand.
00:46Sesulan keadaan yang semakin meruncing, pihak berkuasa tempatan di Sumatera menggesa kerajaan pusat di Jakarta supaya mengisytiharkan darurat nasional.
00:54Ini bagi membolehkan dana tambahan disalurkan untuk operasi mencari menyelamat dan bantuan kemanusiaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended