Skip to playerSkip to main content
  • 35 minutes ago
Merotai yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) merotai akan dijadikan pusat peradaban dan perkembangan ilmu dimasa akan datang.
Transcript
00:00Merotai yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Don Merotai akan dijadikan pusat peradaban dan perkembangan ilmu di masa akan datang.
00:08Jelas calon Pakatan Harapan PH Datuk Ruji Ubi, kedudukan Merotai yang terletak sebagai lokasi pertengahan antara Tawau dan Kalabakan,
00:17menjadikannya lokasi strategik untuk pembangunan pendidikan itu.
00:22Tambahnya ilmu peradaban merupakan satu keperluan masa kini bagi membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih baik dan bebas daripada rasuah.
00:30Dalam jangka pendek ini, saya ingin menjadikan Merotai ini, pusat peradaban dan perkembangan ilmu.
00:38Ini saya diminta oleh salah seorang tokoh agama kita, menjadikan pusat peradaban dan perkembangan ilmu dan tidak perlu pun pembinaan bangunan dan sebagainya.
00:47Bangunan yang setiap ada, masjid-masjid, surau-surau adalah beberapa idea yang diberikan dan sebab dalam konteks negara kita ini, membina adab itu sangat penting.
01:03Selain itu, Merotai juga memerlukan sebuah lagi sekolah menengah untuk menampung pelajar yang kian bertambah.
01:09Jika diberi mandat oleh rakyat, RUJI yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini akan menjadikan pengalamannya itu sebagai asas kepada kepimpinannya.
01:21Turut menjadi fokus dan keutamaan RUJI ialah pembangunan ekonomi penduduk khasnya bagi anak muda.
01:26Di Merotai ini, kita ada 11 sekolah rendah dan hanya 2 sekolah menengah.
01:32Mana-mana yang tidak dapat bersekolah di 2 sekolah menengah itu, SMK Merotai dan SMK Bakar, mereka terpaksa bersekolah di tempat lain.
01:40Fahamkan ada yang sampai ke SMK Umas dan ada yang terpaksa turun ke bandar.
01:46Jadi keperluan untuk mempunyai sekolah menengah baru di Merotai ini saya rasa sangat-sangat kritikal.
01:53Ini tempoh jangka masa sederhana dalam tema pendidikan.
01:59Dun Merotai menyaksikan pertembungan 4 penjuru iaitu calon Pakatan Harapan, Dato' RUJI Ubi,
02:05Saifuddin Hatta dari Parti Warisan Sabah, Hasan Haris dari Perikatan Nasional,
02:09serta Raim Atam Remy Kasim dari Parti Impian Sabah PIS.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended