Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Amerika Syarikat dijangka memulakan fasa baharu operasi terhadap Venezuela ketika pentadbiran Donald Trump meningkatkan tekanan ke atas Presiden Nicolas Maduro. Empat pegawai AS berkata tindakan itu mungkin melibatkan operasi sulit, disokong penempatan ketenteraan besar-besaran di Caribbean. Washington menuduh Maduro mengetuai operasi penyeludupan dadah, sementara Venezuela menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan AS menguasai minyak negara itu. AS juga bakal menyenaraikan Cartel de los Soles sebagai organisasi pengganas, langkah yang membuka lebih banyak pilihan tindakan.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dijangka melancarkan fasa baru operasi berkaitan Venezuela dalam beberapa hari lagi ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Nicolas Maduro.
00:11Setakat ini, tiada butiran rasmi mengenai masa atau skop tindakan tersebut, namun laporan mengenai kemungkinan operasi telah meningkat sejak beberapa minggu lalu berikutan penempatan aset tentera Amerika di Karibian.
00:24Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata Trump bersedia menggunakan kuasa Amerika untuk menghentikan kemasukan dadah ke negara itu dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
00:37Pentadbiran Trump menuduh Maduro terlibat dalam karter dadah dan sedang mempertimbangkan pilihan ekstrim termasuk usaha menggulingkan beliau.
00:45Maduro pula menifatkan tindakan Washington sebagai cubaan menguasai minyak Venezuela dan menegaskan rakyat serta tentera akan menentang sebarang campur tangan.
00:55Ketegangan terus meningkat susulan kehadiran kapal induk terbesar Amerika, Gerard R. Ford, bersama kumpulan serangannya di Karibian serta amaran mengenai risiko keselamatan penerbangan di ruang udara Venezuela.
01:09Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa turut membatalkan penerbangan keluar dari negara itu.
01:15Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next