Pihak berkuasa Gaza melaporkan 318 terbunuh dan 788 cedera akibat serangan Israel sejak gencatan senjata 10 Oktober, dengan jumlah korban keseluruhan melebihi 69,733 orang dan kesan serangan udara terbaru masih meningkat.
00:00Sekurang-kurangnya, 318 rakyat Palestine terkorban dan 788 cedera akibat serangan Israel sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuatkuasa pada 10 Oktober.
00:13Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, jumlah keseruhan korban di semenanjung Gaza kini melebihi 69,733 orang.
00:22Pihak berkuasa kesihatan turut menambah sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023, 170,863 lagi penduduk Palestine cedera.
00:32Angka yang dikeluarkan tidak termasuk korban daripada siri serangan udara Israel yang dilancarkan pada hari yang sama di beberapa lokasi di Gaza.
00:41Serangan itu telah membunuh sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 83 lagi dengan jumlah korban dijangka meningkat.
00:49Israel mendakwa bahawa serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap tembakan yang menyasarkan tenteranya di selatan Gaza.
00:56Menurut Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Basal, mereka yang terbunuh termasuk seorang komander dari Brigad Al-Qassam sayap tentera Hamas.
Be the first to comment