00:00Malaysia dijemput sebagai penganjur bersama dalam satu sidang antarabangsa mengenai pemulihan awal dan usaha pembinaan semula Gaza.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut selepas bertemu Perdana Menteri Mesir Mustafa Madbuli ketika sidang kemuncak pemimpin G20 di Johannesburg, Afrika Selatan pada Ahad.
00:19Menurut Anwar, pelawaan tersebut disampaikan oleh Mustafa bagi pihak Presiden Mesir Abdel Fattah LCC yang menggalakkan Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam penganjuran sidang berkenaan.
00:32Anwar berkata beliau menghargai jemputan itu namun menjelaskan bahawa Malaysia perlu mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu.
00:49Kita akan beri sokongan dan hadir. Tetapi hari ini lebih jelas dia minta kita menimbangkan cadangan untuk menjadi penganjur bersama sidang itu.
01:10Ia tentulah sikap saya apa sahaja yang munusabah yang mampu kita lakukan.
01:17Tapi biarlah Kementerian Luar dapat keterangan lebih terperinci.
01:22Tujuan dia itu ialah mendapatkan kerjasama semua negara Arab, negara Islam dan negara lain termasuk Amerika Syarikat
01:30supaya pelaksanaan fasa saat pertama pembangunan itu juga dilihat lebih bernyeluruh.
01:38Itu selalu pandangan kita kan. Kita setuju fasa pertama yang digagaskan oleh Presiden Donald Trump
01:46tapi kita tekankan bahawa penyelesaiannya harus lebih menyeluruh, lebih komprehensif.
01:54Beliau bercakap pada sidang media penutup lawatan kerjanya di Afrika Selatan yang berakhir hari ini
01:58selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20.
02:02Anwar turut menegaskan pendekatan Mesir ini mencerminkan pendirian tegas Malaysia
02:06berhubung isu Palestine serta keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan yang berlarutan di Gaza.
02:13Anwar akan memulakan lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya yang dijadualkan akan berakhir pada Isnin.
Be the first to comment