Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengarahkan operasi bantuan segera di wilayah selatan susulan banjir yang menjejaskan puluhan ribu penduduk. Jurucakap kerajaan memaklumkan Anutin turun padang ke Hat Yai untuk menilai situasi, berjumpa keluarga terjejas dan mengagihkan bantuan awal seperti beras dan air minuman. Tumpuan utama diberikan kepada pesakit terlantar dan mereka yang mempunyai kekangan pergerakan. Banjir turut melanda wilayah lain termasuk Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun dan Pattani.
Transcript
00:00Perdana Menteri Thailand, Anutin Chanvi Krakul mengarahkan operasi bantuan kecemasan digerakkan dan serta-merta di wilayah selatan negara itu yang dilanda banjir.
00:11Dengan tumpuan utama kepada pesakit lantar dan individu yang mempunyai kekangan pergerakan,
00:16Jurucakap Kerajaan Siripong Angkasa Kukiat memaklumkan bahawa Anutin turun padang ke Hadnyei dan beberapa kawasan yang ditenggelami air
00:24bagi menilai kerosakan secara langsung selain bertemu keluarga yang terjejas.
00:29Anutin mengarahkan pegawai memberi keutamaan bantuan kepada pesakit lantar dan mereka yang mempunyai kekangan pergerakan.
00:37Beliau sendiri mengagihkan beras dan air minuman kepada penduduk terjejas sebagai bantuan awal.
00:42Sepanjang tinjauannya, Anutin turun menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir dan memberi jaminan bahawa lebih ramai petugas serta sumber sedang digerakkan bagi mempercepatkan bantuan.
00:52Selain Hadnyei, di wilayah Songkla, banjir turut menjejaskan beberapa wilayah lain termasuk Suratani, Nakonsi, Tamarat, Terang Patalong, Satun dan Patani.
01:03Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended