Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Semua pelajar di seluruh negara dibenarkan pulang ke Sabah bagi tujuan mengundi sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan tiada halangan daripada KPT. Beliau turut berkongsi mengenai peranan media dan inisiatif baharu Hospital Universiti Malaysia Sabah yang bakal beroperasi tidak lama lagi.
Transcript
00:00Semua siswa dan siswi di seluruh negara dibenarkan pulang ke Sabah bagi tujuan mengundi sempena pilihan raya negeri PRN ke-17 Sabah pada 29 November depan.
00:10Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir, pihak kementerian tidak mempunyai sebarang halangan terhadap mana-mana pelajar yang ingin menunaikan tanggungjawab tersebut.
00:20Beliau berkata demikian ketika menyantuni para pengamal media Sabah dan Semenanjung yang bertugas bagi PRN Sabah ke-17 di Kota Kinabalu pada Sabtu.
00:31Dalam pada itu, menerusi hantaran Zamri di Facebook turut memberitahu media merupakan elemen penting dalam sebarang upacara dan program.
00:38Ini kerana menurut beliau, media bukan saja bertanggungjawab menyampaikan maklumat, malah turut memastikan setiap informasi yang dikongsi kepada rakyat adalah tepat, pantas dan berintegriti.
00:48Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai inisiatif terbaru KPT iaitu Hospital Universiti Malaysia Sabah UMS yang dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi.
01:00Jelasnya, fasiliti tersebut juga mampu memuatkan sehingga 400 katil serta berpotensi membantu mengurangkan tekanan terhadap perkhidmatan kesihatan di kawasan sekitar.
01:10Tambah beliau, hospital tersebut juga akan dijadikan sebagai pusat latihan penting bagi pelajar perubatan dan sains kesihatan.
01:18Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended