Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hujan lebat berterusan di Hat Yai, Songkhla, Thailand mencetuskan banjir besar sehingga pihak berkuasa mengeluarkan amaran “red flag” dan mengarahkan pemindahan 103 komuniti. Dengan jumlah hujan mencecah 595 mm dalam tiga hari, penduduk terpaksa meredah air paras lutut untuk berpindah, manakala rumah dan kenderaan terperangkap. Keadaan masih berisiko tinggi dengan amaran agar penduduk segera menuju ke kawasan selamat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik kita beralih ke laporan luar negara. Hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir besar melanda daerah Hatnyai di wilayah Songkla, Thailand pada Sabtu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat banjir dan mengeluarkan perintah pemindahan segera.
00:15Menurut laporan media tempatan, pihak majlis perbandaran Hatnyai mengeluarkan amaran merah bagi 103 komuniti sesulan paras hujan yang mencecah 595mm dalam tempoh tiga hari.
00:28Rakaman menunjukkan penduduk terpaksa meredah air sedalam paras lutut untuk berpindah ke kawasan selamat, manakala rumah serta kenderaan dilaporkan terperangkap dalam banjir.
00:37Pihak berkuasa terus menggesa orang ramai bergerak ke pusat perlindungan berhampiran dan mematuhi arahan keselamatan bagi mengelakkan risiko nyawa sesulan keadaan cuaca yang belum menunjukkan tanda reda.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next