Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Beberapa kawasan berpotensi banjir telah dikenal pasti di ibu negara sepanjang Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, beberapa kawasan berpotensi banjir telah dikenalpasti di Ibu Negara sepanjang monsoon timur laut yang melanda negara ketika ini.
00:09Menurut Menteri Komunikasi dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fakzil, pelbagai aset milik agensi berkaitan telah dikerahkan ke lokasi berkenaan bagi kesiapsiagaan yang diperlukan.
00:19Dalam mesyuarat Jepang Menteri yang lalu ada dibincangkan mengenai beberapa aspek persiapan yang turut ada beberapa kawasan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
00:40Jadi, bagi pihak di peringkat Kabinet, ada dimaklumkan mengenai tahap kesiapsiagaan termasuk oleh Angkatan Tentera melalui Op Murni.
00:53Jadi, sejumlah lokasi telah dikenalpasti.
00:56Bagi Kuala Lumpur, ramai Ahli Parlimen sebelum ini telah menyediakan peralatan termasuk bot-bot.
01:04Kalau di Lembah Pantai dan Segambut, banyak daripada bot-bot ini dilengkapkan di IPD dan juga balai-balai polis untuk kegunaan PDRM sekiranya ada keperluan.
01:18Beliau berkata demikian di program Kayuhan Amal Mesra Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.
01:25Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia, sepanjang tempoh monsoon Timur Laut.
01:36Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended