Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Rundingan COP30 menyelesaikan kebuntuan mengenai pelepasan gas rumah kaca dan pembiayaan iklim, dengan negara kaya digesa tingkatkan dana untuk membantu negara membangun menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.
Transcript
00:00Rundingan iklim COP30 di Brazil mencapai persetujuan awal pada Sabtu selepas perunding menyelesaikan kebuntuan panjang mengenai tindakan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan pembiayaan iklim.
00:13Perisidangan dua minggu itu yang digambarkan sebagai peluang untuk membuktikan bahawa negara-negara masih mampu bekerjasama dalam menangani perubahan iklim walaupun tanpa kehadiran AS sepatutnya berakhir pada Jumaat tetapi berlanjutan kerana perunding bergelut menyelesaikan isu berbangkit.
00:31Menurut sumber kebuntuan itu berjaya diselesaikan selepas rundingan sepanjang malam yang diketuai oleh tuan rumah Brazil.
00:39Namun teks akhir persetujuan masih belum diterbitkan dan dengan tiada butiran kompromi yang jelas, sumber juga mengesahkan pada Reuters Kesatuan Eropah sepakat untuk tidak menghalang persetujuan itu.
00:51Rundingan sebelum ini berdepan jalan buntu mengenai keseimbangan antara pelaksanaan janji 2023 untuk beralih daripada bahan api fosil serta perbahasan mengenai aliran pembiayaan iklim bagi membantu negara miskin menyesuaikan diri dengan impak pemanasan global daripada negara maju.
01:07Kesatuan Eropah menekankan agar dimasukkan istilah yang lebih tegas mengenai peralihan daripada bahan api fosil namun menerima tentangan kuat daripada kumpulan negara Arab termasuk Arab Saudi.
01:17Presiden COP30 Andre Correa Dolago berkata pada Sabtu bahawa pihaknya akan menerbitkan teks sampingan mengenai bahan api fosil dan pelindungan hutan memandangkan tiada konsensus dicapai mengenai isu-isu tersebut dalam rundingan iklim global.
01:31Negara-negara turut bersetuju bahawa negara kaya mesti menambah tiga kali ganda pembiayaan penyesuaian untuk negara membangun menjelang 2035 berdasarkan sasaran peningkatan dua kali ganda pada 2025 menurut satu sumber.
01:44Keputusan itu yang akan menjadi sebahagian daripada perjanjian COP30 akan menggesa negara maju meningkatkan dana bagi membantu negara miskin menghadapi kesan perubahan iklim.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended