Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Sekutu Ukraine nyatakan kebimbangan terhadap rancangan 28 mata AS, termasuk perubahan sempadan dan had tentera, sementara Trump sahkan ia bukan tawaran akhir, dan Putin lihat ia sebagai asas penyelesaian.
Transcript
00:00Sekutu Ukraine dari Eropah, Kanada dan Jepun menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan AS untuk menamatkan Perang Rusia-Ukraine.
00:09Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan rancangan itu mengandungi elemen penting untuk keamanan yang adil dan berkekalan,
00:17tetapi menyuarakan kebimbangan mengenai perubahan sempadan dan had ke atas tentera Ukraine.
00:22Kenyataan bersama pada sidang kemuncak G20 di Afrika Selatan pada Sabtu ditandatangani oleh pemimpin Kanada, Finland, Perancis, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, Spanyol, UK, Jerman dan Norway.
00:37Turut menandatangani kenyataan itu adalah dua pegawai kanan EU.
00:41Kenyataan itu menyebut mereka percaya draft ini adalah asas yang akan memerlukan kerja tambahan.
00:45Mereka juga bersedia untuk merunding bagi memastikan keamanan masa depan adalah berkekalan dan pada masa sama jelas mengenai prinsip bahawa sempadan tidak boleh diubah secara paksa.
00:55Kenyataan juga menyuarakan kebimbangan mengenai had yang dicadangkan ke atas Angkatan Bersenjata Ukraine yang akan menjadikan Ukraine terdedah kepada serangan pada masa depan.
01:04Sementara itu Presiden Donald Trump berkata draft rancangan itu bukanlah tawaran akhir beliau untuk Ukraine.
01:09Presiden Volodymyr Zelensky sebelum ini memberi amaran bahawa Ukraine menghadapi salah satu detik paling sukar dalam sejarah berikutan tekanan Amerika untuk menerima rancangan yang dilihat memihak kepada Moskow.
01:20Trump memberi tempoh kepada Ukraine sehingga 27 November untuk menerima rancangan 28 mata itu manakala Presiden Rusia Vladimir Putin berkata ia boleh menjadi asas untuk penyelesaian.
01:31Pelan damai Amerika mencadangkan tentera Ukraine berundur dari bahagian wilayah Donetsk Timur yang kini mereka kawal dan kawalan defektor Rusia ke atas Donetsk serta wilayah Luhansk yang bersebelahan dengan semenanjung Crimea Selatan yang dianesasi oleh Rusia pada 2014.
01:48Rancangan itu juga termasuk pembekuan sempadan wilayah Selatan Ukraine, Khezon dan Zaporizia sepanjang garis peperangan semasa.
01:55Kedua-dua wilayah itu sebagainya diduduki oleh Rusia.
01:59Draft Amerika juga akan mengehadkan tentera Ukraine kepada 600 ribu anggota dengan pesawat pejuang Eropah ditempatkan di Poland berdekatan.
02:07Rancangan itu juga mencalangkan Rusia akan diterima semula ke dalam ekonomi global melalui pegantungan sekatan dan menjemput Rusia menyertai semula kumpulan G7 negara paling berkuasa di dunia menjadikan G8 sekali lagi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended