Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota G20 melangkaui retorik dan mengambil tindakan konkrit bagi menangani ketidaksamaan perdagangan global yang menjejaskan Selatan Global.
00:00Negara anggota G20 perlu melangkaui retorik dan mengamalkan tindakan konkret bagi tangani ketidaksamaan perdagangan global yang berlarutan. Ketegasan itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendapat meskipun perbincangan dalam G20 menunjukkan usaha meluas terhadap perdagangan pelbagai hala, mekanizem pelaburan dan merapatkan jurang ekonomi antara negara, kemajuan sebenar masih terhad.
00:24Anwar yang juga Menteri Keuangan turut menegaskan negara di Eropah dan Utara Global perlu menggunakan mekanizma G20 untuk menyelesaikan ketidaksamaan yang menjejaskan selatan global.
00:38Tambah Anwar, amalan perdagangan tidak adil serta eksploitasi terhadap sumber negara miskin tidak boleh lagi dibiarkan. Jelasnya era kolonial dan pasca kolonial telah berakhir dan negara-negara kini lebih maju serta mempunyai visi jelas.
00:54Justru beliau mahu tindakan konkret dia ambil bukan sekadar carahan atau ejekan. Dalam perkembangan lain berhubung ke anggotaan Malaysia dalam BRICS, Anwar memaklumkan proses itu diteruskan dengan sokongan pemain utama seperti Afrika Selatan, China, India dan Rusia.
01:11Namun begitu beliau menekankan BRICS perlu memberi tumpuan kepada bidang baru, teknologi serta meningkatkan perdagangan serantau sambil mengekalkan hubungan dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
01:22Untuk rekod G20 merangkumi 19 negara bersama Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika dan mesyuarat tahun ini buat pertama kali dianjurkan di benua Afrika.
Be the first to comment