Tiga PPS dibuka di Kulim selepas banjir melanda sejak 22 November, melibatkan 40 mangsa daripada 15 keluarga. PPS Dewan Masjid Sungai Seluang menempatkan mangsa tertinggi, diikuti SK Permatang Tok Dik dan Surau KEDA Kampung Naga Lilit. Kulim menjadi satu-satunya daerah terjejas ketika pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air.
00:00Sementara itu, Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir selepas Kelantan dan Terengganu.
00:05Kedah membuka tiga pusat pemindahan sementara PPS selepas kawasan Kulim dilanda banjir sejak 22 November melibatkan 40 mangsa daripada 15 keluarga setakat pagi ini.
00:16Menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, PPS Dewan Masjid Sungai Seluang, menjadi pusat pertama dibuka dan menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 36 orang daripada 14 keluarga.
00:27Sementara itu, PPS SK Pematang Tokdik menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga manakala PPS Surau Kedah, Kampung Naga Lilit turut diaktifkan bagi menampung pemindahan penduduk yang terkesan.
00:40Kulim merupakan satu-satunya daerah terlibat pada waktu ini, susulan hujan berterusan yang menyebabkan beberapa kediaman dinaiki air.
00:47Pihak berkuasa sedang memantau paras air di mukim-mukim berhampiran dan menasihatkan penduduk untuk segera berpindah sekiranya diarahkan bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Be the first to comment