Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan dan Thailand koordinasi bantuan pulang 4,000 rakyat Malaysia terkandas banjir di Hatyai, dengan pemantauan Konsulat Jeneral serta saranan patuh arahan berpindah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar dan Kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatnyai, itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi.
00:14Beliau berkata, Malaysia juga akan memperolehi maklumat terkini berkenaan situasi banjir yang berlaku di wilayah itu menerusi Konsulat General Malaysia di Songkla.
00:22Kita akan mendapat maklumat terkini daripada Konsulat General kita di Hatnyai dan Songkla dan koordinasi akan dibuat dengan Kementerian Luar Negeri
00:39dan juga mungkin dengan Kerajaan Thailand juga dan juga Governor di wilayah Hatnyai untuk kita memberi bantuan kepada mereka
00:54dan seboleh mungkin mereka mahu pulang cepat ke dalam negara kita dan mungkin kita sediakan kenderaan berat untuk mengangkut mereka supaya dapat pulang ke kawasan masing-masing.
01:11Ahmad Zaid berharap rakyat Malaysia yang terperangkap itu bekerjasama dengan Konsul General Malaysia bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air dengan secepat mungkin.
01:20Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hatnyai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda namun semuanya dilaporkan selamat.
01:31Mengulas mengenai situasi banjir di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri berkata koordinasi telah diadakan dengan jabatan dan agensi terlibat agar memberi amaran berpindah 3 hari lebih awal daripada jangkaan.
01:43Beliau menasihatkan mangsa banjir untuk mematuhi arahan berpindah bagi mengelakkan kehilangan nyawa atau harta benda serta dokumen-dokumen penting.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended