00:00Mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri daripada barisan nasional yang melompat parti akan dikenakan penalti RM50 juta atau berdepan tindakan mahkamah.
00:10Pengurusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah menerima aku janji bahawa mana-mana adun daripada BN yang melompat pada pilihan raya negeri Sabah ke-17 akan dikenakan penalti sedemikian.
00:21Katanya walaupun mustahil untuk adun yang dipilih pada PRN kali ini melompat disebabkan akta lompat parti, sekiranya berlaku penalti atau denda serta tindakan mahkamah menanti mereka.
00:36Beliau turut mengingatkan agar kesemua 45 calon BN yang bertanding pada PRN Sabah untuk bekerja keras kerana ia satu-satunya peluang untuk BN dan UMNO kembali menjadi dominan di Sabah.
00:48Pada 25 Mei 2023, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi mewujudkan larangan adun bertukar atau melompat parti.
00:59Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian, manakala 25 November bagi pengundian awal.
Be the first to comment