Donald Trump anggap peletakan jawatan Marjorie Taylor Greene sebagai berita baik, dakwa ia berpunca daripada sokongan merosot dan tekanan pemilihan semula.
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu menyifatkan peletakkan jawatan Ahli Kongres Majuri Taylor Greene daripada Dewan Perwakilan sebagai berita baik untuk negara.
00:10Beliau mendakwa keputusan Greene berbunca daripada kemerusotan sokongan dan kebimbangan tewas dalam pemilihan semula yang bakal ditandingi pencabar yang mendapat sokongan beliau.
00:19Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata Greene memilih untuk mengundur diri kerana angka sokongan yang merudum dan enggan berdepan pencabar yang menerima sokongan Trump.
00:33Beliau turut mengkritik hubungan Greene dengan Ahli Kongres Tom Massey yang digelar sebagai Republikan paling teruk dalam beberapa dekad.
00:41Bercakap kepada ABC News, Trump menegaskan Greene seharusnya berasa gembira dengan keputusannya.
00:46Setakat ini, rancangan masa depan Greene masih belum didedahkan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai langkah politik seterusnya.
00:54Peletakkan jawatan ini menandakan satu lagi episod dramatik dalam politik Amerika dengan Trump terus memainkan peranan penting dalam menentukan hala tujuh parti Republikan.
Be the first to comment