Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Brazil digemparkan dengan penahanan bekas presidennya, Jair Bolsonaro, hanya beberapa hari sebelum beliau dijadual memulakan hukuman penjara 27 tahun atas kesalahan mengetuai cubaan rampasan kuasa.
Transcript
00:00Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro ditahan Polis Persekutuan Negara itu hanya beberapa hari sebelum dijadual memulakan hukuman penjara 27 tahun atas kesalahan mengetuai cubaan rampasan kuasa.
00:13Menurut kenyataan ringkas Polis Persekutuan Brazil, penahanan itu dibuat atas arahan Mahkamah Agong. Namun, buktiran lanjut belum didedahkan.
00:20Seorang pembantu rapat Bolsonaro, Andriele Sirino, mengesahkan bahawa bekas pemimpin berusia 70 tahun itu ditahan jam 6 pagi waktu tempatan.
00:29Beliau dibawa dari kediamannya di komuniti berpagar di kawasan Mewah, Jardim Botanico ke ibu pejabat polis Persekutuan.
00:37Bolsonaro yang memimpin Brazil dari 2019 hingga 2022 dijangka mula menjalani hukuman minggu depan selepas semua rayuannya berhubung sabitan kes cubaan rampasan kuasa ditolak sepenuhnya.
00:50Brazil acima de tudo!
00:52Brazil acima de tudo!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended