Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut di Semenanjung Gaza sejak gencatansenjata terbaharu antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 10 Oktober, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat
00:00Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut di semenanjung Gaza sejak gencatan senjata terbaru antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 10 Oktober.
00:09Tabung kanak-kanak pertubuhan bangsa-bangsa bersatu UNICEF pada Jumaat melaporkan,
00:13walaupun keadaan lebih baik ketika ini, namun tiada tempat yang selamat untuk anak-anak Palestine,
00:18memandangkan rejim Israel telah beberapa kali melanggar perjanjian tersebut.
00:22Tambah agensi antarabangsa itu, sejumlah 4,000 kanak-kanak yang cedera parah masih menunggu untuk dipindahkan
00:28bagi menerima rawatan di luar semenanjung Gaza.
00:31Dalam pada hitung, Martin Panah daripada Program Makanan Sedunia WFP berkata penduduk Gaza sangat bimbang dengan ketibaan musim sejuk.
00:39Beliau menambah bahawa suhu yang semakin menurun dan hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menunjukkan cabaran yang bakal dihadapi.
00:47Panah berkata penduduk kini mendapat bekalan makanan yang lebih baik.
00:51Hasil penghantaran bantuan dengan kedai roti dan dapur tempatan dapat menyediakan makanan kepada orang ramai.
00:56Menurutnya juga pasar juga kembali dipenuhi bekalan bagaimanapun banyak barangan tidak mampu dibeli kebanyakan penduduk dengan harga seekor ayam mencecah 25 dolar Amerika.
Be the first to comment