Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hujan lebat di tanah perkuburan islam Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka di Yan, Kedah seolah-olah turut 'menangisi' pemergian dua sahabat yang maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Simpang 4 Sedaka pada Sabtu.
Transcript
00:00Hujan lebat di tanah perkuburan Islam, Masjid Jamiq simpang empat sedaka di Yan Kedah seolah-olah turut menangisi pemergian dua sahabat yang maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di simpang empat sedaka pada Sabtu.
00:14Jenazah Muhammad Izhar, 10 tahun dan rakan karibnya Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11 tahun selamat dikebumikan dalam satu liang lahat pada pukul 9 malam tadi.
00:23Terdahulu, jenazah yang selesai proses berdasar siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahia Al-Setar disolatkan di masjid yang sama.
00:37Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat arwah serta penduduk kampung hadir.
00:43Suasada pilu sebaik satu persatu jenazah pelajar sekolah kebangsaan lulang itu diturunkan ke dalam liang.
00:49Terdahulu, Esra Awani melaporkan dua sahabat maut selepas basikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta.
00:57Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang baru selesai makan roti canai meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
01:09Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended