Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Wisma Putra sahkan rakyat Malaysia di Hat Yai selamat meskipun terjejas banjir. Pasukan operasi dan pihak berkuasa Thailand terus membantu.
Transcript
00:00Kementerian Luar memaklumkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di hadnyai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda.
00:09Dalam satu kenyataan, Wisman Putra bagaimanapun mengesahkan semua mereka dilaporkan selamat.
00:16Kenyataan itu memaklumkan setakat petang Sabtu, kebanyakan daripada mereka yang terjejas sedang menginap di hotel bertingkat
00:24meskipun terdapat yang mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan ekoran gangguan setempat.
00:31Kementerian Luar melalui Konsulat General Malaysia di Songkla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang memantau rapat situasi banjir
00:38dan akan mengeluarkan perkembangan terkini keadaan di sana apabila perlu.
00:43Ini termasuk mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan.
00:49Kementerian Luar berkata polis pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya
00:55dan sedang aktif menguruskan keadaan.
00:58Keadaan cuaca dijangka bertambah baik dengan hujan lebat diramalkan berhenti pada ahad.
01:04Paras air banjir dijangka surut dan keadaan keseluruhan dijangka pulih menjelang Isdin 24 November.
01:10Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di hadnyai dan kawasan sekitarnya supaya kekal berada di dalam bangunan jika boleh
01:17mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati di kawasan terjejas banjir.
01:23Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan konsulat jeneral di Songkla atau kedutaan besar di Bangkok digesa berbuat demikian.
01:30Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi konsulat jeneral Malaysia di Songkla di talian tertera.
01:36Sementara itu, konsul jeneral Malaysia di Songkla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi bernama
01:43menggesa rakyat Malaysia yang terkandar supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa konsulat jeneral sedang bekerjasama rapat
01:50dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu mereka yang terkesan.
01:54Terima kasih telah menonton!
01:56Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended