Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,567 orang melibatkan tiga daerah terjejas, manakala Terengganu merekodkan 264 mangsa setakat jam 7 pagi Ahad. Sebanyak 13 PPS dibuka di kedua-dua negeri. NADMA mengeluarkan notis kesiapsiagaan berikutan amaran hujan berterusan di enam negeri.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,567 orang, manakala jumlah mangsa di Terengganu pula direkodkan seramai 264 orang dengan hanya satu pusat pemindahan sementara PPS dibuka.
00:16Menurut laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, setakat jam 7 pagi Ahad, sebanyak 13 buah pusat pemindahan sementara PPS telah dibuka di kedua-dua negeri dengan 12 daripadanya yang dibuka di Kelantan.
00:28Dilaporkan banjir di Kelantan telah mengakibatkan tiga daerah terjejas dengan tumpat merekodkan jumlah mangsa tertinggi ketika ini, tiga daerah tersebut termasuk Tumpat, Kota Baru dan Bacok.
00:39Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi ketika ini dengan 1,567 mangsa melibatkan 631 buah keluarga berlindung di 12 buah PPS, manakala di Terengganu jumlah keseluruhan mangsa setakat jam 7 pagi Ahad, seramai 264 orang meliputi 87 buah keluarga dengan hanya daerah Kuala Nerus direkodkan mengalami banjir.
01:03Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara NDCC Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana bagi mengaktifkan jawatan kuasa pengurusan bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.
01:20Arahan tersebut dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended