Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Puanja di Kelantan meningkat mendadak pada Sabtu dengan jumlah mangsa melepasi seribu orang.
00:22Kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel-hotel sekitar Songkla, Thailand akibat jalan raya yang dinaiki air.
00:30Dua sahabat kharib yang baru selesai sarapan pagi maut ketika menunggar basikal selepas dirempuh sebuah kereta disimpan empat sendaka di Yan Kedah.
00:47Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri Kedua Tahun 2025 berlangsung dengan penuh adat kenteraan di dataran pintu masuk utama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim.
01:00Rang Undang-Undang RUU untuk menambah bilangan anggota Kabinet Sarawak menerusi pindaan Perlembagaan Negeri akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri minggu depan.
01:14Barisan Nasional Sabah melancarkan manifesto yang memperkenalkan enam teras pembangunan menyeluruh sebagai agenda utama parti itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
01:30Lebih 300 murid sekolah dan 12 guru diculik kumpulan bersenjata dalam serangan ke atas sekolah St. Mary, sebuah institusi katolik di Negeri Niger di Nigeria.
01:46Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut di semenanjung Gaza sejak gencatan senjata terbaharu antara Israel dan Hamas berkuat kasa pada 10 Oktober.
02:01Banjir yang melanda Vietnam telah menyebabkan kerugian ekonomi mencecah lebih 340 juta dolar Amerika berdasarkan anggaran awal.
02:15Wakil Miss Universe, Jamaica Gabriel Henry masih dirawat di hospital 3 hari selepas insiden terjatuh dari pentas malam Rabu lalu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended