Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
KTMB perkemas operasi ETS3 menjelang pelancaran 12 Dis, empat set tren sudah lulus PCA dan menunggu kelulusan APAD.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kereta Api Tanah Melayu Berhad, KTMB sedang memperkukuh kesiapsiagaan menjelang pelaksanaan operasi perkhidmatan tren elektrik 3, ETS 3, bagi laluan KL Central Johor Baru Central yang dijangka bermula 12 Disember ini.
00:16KTMB memaklumkan pihaknya telah membuat persediaan rapi dari segi operasi termasuk konfigurasi jadual perjalanan, sistem tiket dan penyediaan petugas namun ketika ini masih menunggu kelulusan akhir daripada agensi pengangkutan awam darat APAD serta agensi berkaitan.
00:34KTMB dalam kenyataan memaklumkan setakat ini 4 daripada 10 set tren ETS 3 telah lulus pemeriksaan cermat akhir, PCA, mendapat pensijilan dan sedia untuk beroperasi.
00:48Menurut KTMB, perkhidmatan pemulaan dirancang melibatkan 4 perjalanan sehari bagi laluan KL Central, JB Central, KL Central dan jumlah itu akan ditambah selari dengan penerimaan set tren yang lulus PCA.
01:01Bagi perjalanan dari JB Central ke utara, pengoperasian akan diperkenalkan secara berfasa selaras dengan kesiapsagaan infrastruktur, keperluan penjadualan dan ketersediaan aset operasi.
01:14KTMB jelasnya komited memastikan setiap langkah pengoperasian ETS 3 menepati standar keselamatan tertinggi selain menawarkan pengalaman perjalanan lebih selesa, modern dan efisien kepada pengguna.
01:27Maklumat rasmi berkaitan jadual perjalanan dan pembelian tiket akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi KTMB atau pusat panggilan KTMB menerusi talian 03-9779-1200.
01:42Terima kasih.
01:44Terima kasih.
01:46Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended