Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Pasaran tempatan dijangka bergerak dalam jajaran kecil dengan tekanan menurun ketika pelabur menilai semula risiko global dan data ekonomi negara.
Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di pasaran global.
00:09Menurut rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Ines, pasaran global menjadi tidak menentu apabila pelabur menilai semula penilaian harga yang tinggi serta penetapan masa penurunan kadar rezak Persekutuan AS.
00:23Jelasnya, di dalam negara, pelabur masih akan menilai data perdagangan dan inflasi terkini berbanding pendirian dasar bank negara Malaysia yang stabil.
00:37Menurut Ines, Indeks Pembuatan Pembeli PMI yang lebih pelahan juga mengingatkan pasaran bahawa permintaan luaran masih belum pulis penuhnya yang sepatutnya dapat mengawal kenaikan domestik dan mengukuhkan pasaran.
00:48Bagi minggu yang baru berakhir ini, FBM KLCI kembali menyusut ke dalam jajaran 1610-1630 seiring dengan penurunan serantau.
00:59Bagaimanapun, Ines berkata mikroekonomi Malaysia masih kekal teguh secara asasnya disokong oleh pertumbuhan kukuh ekonomi pada suku ketiga, peningkatan permintaan domestik dan pemulihan eksport.
01:09Pada masa yang sama, beliau memaklumkan pelabur asing menjadi pembeli bersih selepas aliran keluar selama berminggu-minggu manakala pasaran bon Malaysia terus menyaksikan permintaan yang kukuh satu petanda bahawa minat terhadap aset ringgit dari luar negara tidak berkurangan.
01:23Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 8.10 mata kepada 1,617.57 daripada 1,625.67 pada minggu sebelumnya.
01:37Jumlah dagangan minggu meningkat kepada 21.84 bilion unit bernilai 14.44 bilion ringgit daripada 14.56 bilion unit bernilai 11.17 bilion ringgit pada minggu sebelumnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended