Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Ringgit diramal stabil dengan kecenderungan meningkat disokong data pekerjaan AS dan jangkaan tiada pemotongan kadar faedah Fed.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13 hingga 4.16 berbanding dolar AS dan cenderung meningkat pada minggu depan.
00:11Ini selepas mata wang tempatan itu mengalami turun naik minggu ini ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kaedah-faedahnya dalam mesyuarat Desember ini.
00:22Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Mu'amala Malaysia, Berhad Dr. Mohd Afzal Nizab Adur Rashid dari segi prestasi, ringgit susut nilai pada Isnin, Selasa dan Kamis minggu ini meningkat pada Rabu dan mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh walaupun laporan penggajian bukan peladangan Amerika bagi September meningkat dan mengatasi jangkaan awal.
00:44Jelasnya, laporan terkini itu menunjukkan sebanyak 119,000 pekerjaan telah diwujudkan pada September lepas yang mengatasi unjuran ramai sebelum ini.
00:53Tempoh penutupan operasi kerajaan Amerika selama 41 hari sejak 1 Oktober lepas telah membawa kepada kejelasan pentunjuk data.
01:01Beliau menambah pada masa ini, pasaran yakin pihak Rizal Persekutuan Amerika, FED, tidak akan melaksanakan sebarang pengurangan kadar faedah berdasarkan kadar faedah bagi kontrak hadapan.
01:10Sementara itu, kenanga investment Bank Berhad pula menjangkakan berlakunya pembetulan teknikal dengan ringgit diunjur mengalami konsolidasi pada paras hampir 4.15 berbanding dolar Amerika minggu depan ketika FED kekal berhati-hati menjelang mesyuarat pada bulan depan.
01:26Dalam nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata ringgit susut nilai daripada 4.13 berbanding dolar Amerika pada Jumaat lepas kepada 4.15 pada Isnin.
01:36Ringgit juga menjecah seketika paras 4.16 pada selasa selepas pasaran mengetepikan pandangan pembukaan semula operasi kerajaan Amerika akan menghasilkan data lebih lemah setelah pendirian FED untuk cenderung mengurangkan kadar faedah.
01:50Bank pelaburan itu juga mengekalkan unjurannya dan menjangkakan penurunan kadar faedah Amerika sebanyak tiga kali lagi pada 2026.
01:57Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended